carta Organisasi 2010

>> Khamis, 25 November 2010






Read more...

>> Jumaat, 19 November 2010

Read more...

sejarah

>> Jumaat, 5 November 2010

Pada bulan Julai 2005, En. Zulkefli bin Mohammad ada berjumpa dengan En Fozi bin Hj Tahir pengerusi KRT TBK Fasa 1&2 bersama En Musa bin Osman pegawai Perpaduan daerah bincang pasal penubuhan KRT TBK Fasa 5

31 Julai 2005(ahad) Mesyuarat Kali Pertama Persatuan Penduduk dan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk.

En Zul kefli b Mohamed ada menyuarakan hasrat untuk menubuhkan KRT dalam mesyuarat tersebut dan mendapat sambutan yang baik dari Penduduk

22 Nov 2005 keluarkan surat panggilan mesyuarat pada penduduk untuk Majlis Deeparaya dan Taklimat Penubuhan KRT Fasa 5 pada 27 Nov 2005. sumbangan boleh dibuat melalui biro wanita iaitu Pn Rohani, Pn Azie, Pn Saayah untuk jamuan makan.

27 Nov 2005(ahad) 2.00pm_5.00pm Padang Permainan Fasa5, diadakan Majlis Deeparaya dan Taklimat Penubuhan KRT TBK Fasa5 oleh En Musa bin Osman Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Bacaan doa oleh En Mustafa b Latif, Pengerusi majlis oleh En Abdullah b Mohd Aris, Pengerusi Penduduk En Zul kifli b Mohamed, taklimat oleh En Musa b Osman, marhaban oleh biro wanita, jamuan dan bersurai.

11 Dec 2005(ahad) 3.00pm, Padang Permainan Fasa 5. mesyuarat perlantikan AJK Penaja KRT Fasa 5 bagi tahun 2006/2007 yang Pertama. penerangan ringkas oleh wakil penduduk(En Zul kifli b Mohamed), pemilihan Pengerusi,Tim. Pengerusi, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari, Pemeriksa Kira-Kira dan AJK 25 orang.

Lebih kurang 13 bulan menunggu barulah dapat jawapan dari pihak Jabatan Perpaduan Daerah En Sharif bin Hj Mat Said dengan perlantikan Hj Azhar bin Mokhtar sebagai Setiausaha yang pertama berkuatkuasa dari 27 Ogos 2007 hingga 26 Ogos 2009.

Pada 23 April 2007 Memohon Penetapan Kawasan Rukun Tetangga Rujukan Surat PPDJB 100/1/1/1/19Baru(08) telah diluluskan oleh Pegawai Daerah Tn Hj A Jabbar bin Md Tahir pada 24 April 2007 disertakan bersama Plan Kawasan dan Geran Bangunan.

15 Mei 2007(rabu) keluar surat panggil mesyuarat kali pertama, Penubuhan KRT TBK Fasa 5,pada 19 Mei 2007 jam 04.00pm tempat rumah Setiausaha.

19 Mei 2007(ahad) Mesyuarat Kali Pertama, kehadiran 15 orang AJK,Penubuhan KRT TBK Fasa 5
Penaja KRT Fasa 5 seperti berikut
Pengerusi : En Zul kefli bin Mohamad
Tim. Pengerusi : En Ja’afar bin Md Taib
Setiausaha : Tn Hj Azhar bin Mokhtar
Pen. Setiausaha : En Abdullah bin Mohd Aris
Bendahari : En Normi bin Johar
AJK : En Roslan bin Saidon
En Khalid bin Abbas
En Teng Kian Lai
En Lio An Suan
Tn Hj Abdul Shukor bin Abdul Majid
Tn Hj Abdul Hafiz bin Baba
Pn Hjh Zaiton bte Mohamed
Pn Rohani bte Johari
Bersetuju melantik/memilih wakil dari Kaum India sebagai AJK

Pada masa yang sama diadakan mesyuarat untuk program pertama iaitu Dialog Bersama Ketua Polis Johor. Tarikh dicadangkan pada 10 Jun 2007 9.00am perkarangan Surau TBK Fasa 3,4&5

21 Mei 2007(selasa) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 2/07,Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Johor Bahru Selatan pada 26 Mei 2007, tempat Rumah Setiausaha.

26 Mei 2007(sabtu) Mesyuarat kali ke 2/07,kehadiran 16 orang AJK, Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

28 Mei 2007 hantar Laporan Penubuhan KRT TBK Fasa 5 pada PPDJB berserta dengan minit mesyuarat kehadiran seramai 19 orang AJK penduduk.

29 Mei 2007(rabu) keluar surat panggil mesyuarat khas kali ke 3/07 Dialog Bersama Ketua Polis Johor Bahru Selatan pada 02 Jun 2007, tempat rumah Setiausaha.

02 Jun 2007(sabtu) mesyuarat kali ke 3/07,kehadiran 10 orang AJK,Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Johor Bahru Selatan

Terima surat dari Datuk Bandar Surat Perakuan sokongan membina Bangunan KRT pada 10 Julai 2007.

Pada 12 Julai 2007 menghantar surat Permohonan untuk mendirikan Bangunan KRT di Kawasan Riadah PTD 64671 kepada Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru berserta dengan surat sokongan Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru, Pejabat Daerah Johor Bahru dan Pelan Kawasan.

26 Julai 2007 terima surat Persetujuan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membina Bangunan KRT di Kawasan Riadah PTD 64671 dengan 5 syarat
1-Digunakan sebagai Pondok Kawalan Rukun Tetangga
2-Sentiasa menjaga kebersihan kawasan
3-Penggunaan bekalan letrik,air ditanggung sendiri
4-Pihak majlis boleh merobohkan banggunan pada bila-bila masa tanpa ganti rugi
5-Kebenaran diberikan selama 5tahun sahaja mesti membuat permohonan baru
boleh hubungi Pn Hjh Norshamsiah bte Ishak 07-2282576/019-7165757

07 Ogos 2007(selasa) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 4/07 pada 12 Ogos 2007(ahad).jam 05.00pm,tempat rumah Setiausaha

12 Ogos 2007(ahad) mesyuarat kali ke 4/07, kehadiran 9 orang AJK, Majlis Dialog Bersama Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

27 Ogos 2007 terima surat Notis Penetapan Kawasan Rukun Tetangga TBK Fasa 5 ditandatangani oleh En Chia Song Cheng PIS,PPN Pembantu Pegawai Perpaduan Kanan , s/k En Musa bin Osman PPP Daerah Johor Bahru, mesti menghantar senarai calon AJK KRT dengan mengunakan boring Format B sebelum 14 Sep 2007

07 Sep 2007(rabu) keluar surat panggil mesyuarat Perjumpaan Bersama En Musa bin Osman dan AJK Penaja KRT serta Penduduk Berhubung Penetapan Kawasan Rukun Tetangga pada 10 Sep 2007(isnin) jam 8.30pm tempat Tmn Permainan Fasa 5,

06 Nov 2007(selasa) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 5, 11 Nov 2007, jam 5.00pm, tempat Balaiseberguna KRT Fasa 5

11 Nov.2007(ahad) mesyuarat kali ke 5/07, kehadiran 17 orang AJK,Program Majlis Mesra Penduduk dan Merasmikan Balaiseberguna KRT Fasa 5

AJK juga dimaklumkan Peruntukan 2007, Borang Permohonan Geran akan dihantar pada Nov.2007, dijangka menerima RM3000.00.Tahun 2008 permohonan akan dibuat pada Dis.2007, dijangka menerima RM7200.00. Bayaran akan disalurkan kedalam akaun KRT pada Mac/April 2008.

Bagi mengadakan Majlis Mesra Penduduk dan Gotong-Royong, KRT memerlukan Dana dan Bendahari bersetuju meminjamkan RM1000.00 dan akan dibayar setelah menerima peruntukan.

En Sunny Wang mencadangkan diadakan Majlis Gerak Tumpu atau Gotong-Royong Perdana untuk keseluruhan Taman Bukit Kempas Fasa 5 pada tahun depan.

Lain-Lain Hal

Pengerusi memaklumkan ada menerima surat dari Jabatan Perpaduan berhubung Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa KRT ianya berkuatkuasa pada 27 Ogos 2007 hingga 26 Ogos 2009 untuk diserahkan kepada AJK.

Pengerusi mengharap kerjasama AJK menjaga Bangunan KRT agar berada dalam keadaan baik.

8 Jan.2008(isnin) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 1/08, 02 Feb.2008(sabtu) jam 08.00pm, tempat Balaiseberguna KRT Fasa 5

02 Feb 2008(sabtu) mesyuarat kali ke1/08, kehadiran 14 orang AJK,Program Majlis Mesra Penduduk.

Bagi tahun 2008 permohonan peruntukan telah dihantar pada 02 Jan.2008. Dijangka akan menerima RM4800.00.Bayaran disalurkan kedalam akaun KRT pada bulan April 2008

Menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)


27 April 2008(selasa) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 2/08, 4 Mei 2008(ahad), 8.30pm, tempat Balaiseberguna KRT Fasa 5, kehadiran 14 orang AJK mesyuarat kali 1/08.




4 Mei 2008(ahad) mesyuarat kali ke 2, kehadiran 23 orang AJK, Program Mesra Penduduk.

Turut hadir – En.Musa b. Osman(Pegawai Perpaduan)

Kata aluan Pengerusi
Skim Rondaan Sukarela(SRS) akan dimulakan secara tidak resmi oleh AJK KRT pada 11Mei 2008(sabtu) seminggu sekali bermula jam 12.00am hingga 05.00am. Maklumbalas diterima hanya 24 orang yang berminat, Perjumpaan khusus akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Laporan Kewangan- Baki diBank RM4332.53 Baki di Tangan RM11.00 Baki Berakhir 30April 2008 RM4343.53

Cadangan: En Ja’afar b Md Taib

Disokong : Pn Hjh Zaiton bt Mohamed

Melaksanakan Program Mesra Penduduk

Pn Rohani b Johari memaklumkan Pengerusi KRT kurang mesra dengan Penduduk

En Kemmery b Subairy berharap AJK dapat memberi kerjasama.

En Musa b Osman memberi pandangan bahawa program perlu dilaksanakan sebab peruntukan telah diterima.

Pada dasarnya AJK bersetuju dengan cadangan kertas kerja dan akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Mei 2008 jam 08.30pm

AJK bersetuju menjemput YB Dato’ Bandar sebagai tetamu VIP.

Lain-Lain Hal

Menghantar 4 orang menghadiri Majlis Makan Malam Ambang Bulan Perpaduan dan Sambutan Hari Pekerja Anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru pada 08 Mei 2008 jam 08.30pm kadar bayaran RM150.00

En Ismail b Bakar memaklumkan bayaran tertunggak kepada Kontraktor Pemasangan Meter(boring A) berjumlah RM200.00 dipersetujui.

Pn Hjh Zaiton bt Mohamed memaklumkan agar aktiviti KRT diadakan secara sederhana dan menyarankan Pengerusi memainkan lebih peranan dengan Penduduk.

Setiausaha cadangkan membeli 20 buah kerusi plastic dipersetujui.

Meluluskan tuntutan daripada Pejabat Perpaduan, Perbelanjaan Program Zon tahun 2006 berjumlah RM1500.00(tuntutan penuh RM3000.00) bayaran dibuat selepas Majlis Mesra Penduduk dengan kadar bayaran RM500.00 dahulu.

Pada 05 Mei 2008 – Pengerusi menghantar Borang Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menjalankan Aktiviti KRT TBK Fasa 5, serahan diberi pada En Musa b Osman.

Tujuan untuk mengadakan Majlis Mesra Penduduk pada 15 Jun 2008

Pada 06 Mei 2008 – Pengerusi menghantar surat Permohonan Sumbangan 3 unit Khemah Berserta Pentas Semperna Majlis Mesra Penduduk dan Merasmikan Bangunan KRT Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru, bahagian Pentadbiran dan Koperat melalui Pengarahnya Tuan Hj Asri b Amat.

Tetamu VIP yang dijemput adalah YB Dato’ Hj Md Naim b Nasir.
Pada 07 Mei 2008 – Pengerusi menghantar surat Jemputan Ke Majlis Perasmian Penutupan Sukaneka Mesra Penduduk dan Merasmikan Bangunan KRT TBK Fasa 5 kepada YB Dato’ Hj Md Naim b Nasir.

10 Mei 2008(sabtu) keluar surat panggil mesyuarat kepada AJK, Mesyuarat Khas Majlis Mesra Penduduk Kali Pertama, pada 12 Mei 2008(isnin) jam 08.30pm tempat Bangunan KRT.
12 Mei 2008(isnin)Mesyuarat Kali Pertama kehadiran 16 orang AJK, Mesyuarat Khas Majlis Mesra Penduduk.

Kata Aluan Pengerusi – mengucapkan tahniah pada AJK yang membuat Rondaan pada 11 Mei 2008

Penetapan Tarikh Majlis – tunggu jawapan dari VIP, surat jemputan telah dihantar.

Mencari atau mendapatkan penyumbang untuk menambah sumber kewangan

04 Jun 2008(rabu) keluar surat panggil mesyuarat kali ke 2/08, Mesyuarat Khas Majlis Mesra Penduduk pada 08 Jun 2008 jam 08.30pm tempat Balaiseberguna KRT TBK Fasa 5.

04 Jun 2008(rabu) keluarkan surat Permohonan Sumbangan Peralatan Sukaneka Dan Tenaga Kerja(Instructor) Bagi Menjayakan Majlis Mesra Penduduk Dan Merasmikan Bangunan KRT TBK Fasa 5 kepada En Umar b Ibrahim dari Tmn Anggerik.


04 Jun 2008(rabu) keluarkan surat Permohonan Sumbangan Berupa Barangan Bagi Menjayakan Majlis Mesra Penduduk Dan Merasmikan Bangunan KRT TBK Fasa 5 kepada Syarikat Southern Lion.

04 Jun 2008(rabu) keluarkan surat Jemputan Ke Majlis Perasmian Penutupan Sukaneka Mesra Penduduk Dan Merasmikan Bangunan KRT TBK Fasa 5 kepada En Shariff b Mat Said Pengarah Perpaduan Daerah Johor Bahru.

04 Jun 2008(rabu) keluarkan surat pekeliling, Jemputan Ke Pertandingan Gubahan Masakan Semperna Majlis Mesra Penduduk Kepada semua Penduduk Tmn Bkt Kempas Fasa 5.

Aturcara Majlis dilampirkan sekali.

07 Jun 2008(sabtu) keluarkan surat Jemputan Ke Majlis Mesra Penduduk Perasmian Bangunan KRT TBK Fasa 5 pada 15 Jun 2008(ahad) jam 07.00am hingga 05.00pm.

Aturcara Majlis dilampirkan dengan hadiah menarik disediakan.

09 Jun 2008(isnin) keluarkan surat Jemputan Ke Majlis Mesra Penduduk Dan Perasmian Bangunan KRT TBK Fasa 5 kepada Ketua Biro Berita Harian / Harian Metro.

20 Dis 2008(sabtu) keluar surat panggil Mesyuarat Agong Untuk Perlantikan Pengerusi Serta AJK Untuk Tahun 2009 hingga 2010 pada 28 Dis 2008 jam 08.00pm.

28 Dis 2008(ahad) Mesyuarat Agong Untuk Perlantikan Pengerusi Serta AJK Induk Untuk Tahun 2009 hingga 2010 kehadiran 14 orang AJK.

Read more...

KRT Taman Bukit Kempas Fasa 5

http://krttbk5.blogspot.com/

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP